Siakap Keli
Sumber: Abam Botak

Dakwa Dihalang Tanam Di Kampung Sendiri, Ayah Usung Merata Jenazah Anak Cari Tanah Kubur

Tempat perkuburan merupakan satu tempat untuk semua orang akan pergi meninggalkan dunia ini. Tuntutan agama itu harus dipegang kuat oleh kita yang beragama Islam. Namun, dimana adat kita sebagai orang Islam jika tidak menjaga hubungan antara satu sama lain.

Seperti perkongsian daripada Abam Botak ini yang merupakan seorang anggota menguruskan jenazah berdepan dengan satu masalah di mana jenazah seorang bayi didakwa dihalang untuk dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan tempat kediaman mereka.

Ini kerana, keluarga tersebut  dikatakan tidak mempunyai dokumen lengkap dan mempunyai masalah kewangan untuk kebumikan anak mereka yang masih kecil.

Ikuti perkongsian menyayat hati ini supaya menjadi teladan untuk kita semua.

Aku cintakan Agama dan aku cintakan negara.

Bapa saya berbangsa Kadazan murut muslim, ibu saya pula berbangsa Sungai. Dalam darah saya mengalir darah anak jati Sabah.

Saya cintakan keamanan negara saya, saya cintakan nilai persaudaraan, saya cintakan nilai keadilan, saya cintakan seluruh manusia dan juga makhluk tuhan.

Sebab itu, saya akan cepat terkesan bila mana terdapat perkara yang tidak patut berlaku di depan mata saya.

Sebenarnya pagi tadi terdapat 1 jenazah bayi yang baru lahir telah meninggal dunia. Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kubur dan uruskan jenazah anaknya.

Namun oleh kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi.

 

Bayi tersebut dinafikan untuk ditanam di tanah perkuburan dalam kawasan kampung yang mereka duduki sekarang. Bahkan untuk urus jenazah bayi tersebut pun tidak dapat dibuat dikampung yang mereka duduki sekarang.

Saya tidak akan sebut nama kampung tersebut! Hati saya sangat hancur dan remuk ketika itu. Tapi kita fikirlah sendiri, mereka itu beragama Islam, saudara se-Islam kita.

Berapa sangatlah ruangan tanah yang akan di gunakan untuk jenazah bayi yang baru lahir sehingga kita tergamak tidak mengurus jenazah bayi tersebut.

Ingatlah saudaraku. Allah tidak tanya, apa negaramu nanti, dan apa negaranya nanti. Tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah jalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.

Istifarlah, bermuhasabahlah!

Bolehkah kita ketepikan soal kewarganegaraan si mati dalam bab kematian?

Sebab si mati tidak boleh pun berbuat apa-apa dan tubuh badannya akan terus mereput dan membusuk jika kita tidak ingin menguruskannya.

Namun Alhamdulillah, akhirnya bayi tersebut dapat di tanam juga di Sandakan.

Terima kasih kepada penjaga (TPI) kerana mengizinkan jenazah bayi ini di tanam di sana. Ini bukti dalam hati kamu masih ada nilai kemanusiaan.

Saya pulangkan pada rakan-rakan untuk menilainya. Izinkan saya berbeza pendapat.

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)