Siakap Keli

Gunung Taal Teruskan Muntahkan Lava, Beri Petanda ‘Bencana’ Lebih Besar Akan Berlaku

Pada Ahad lalu, komuniti dunia hebah dengan berita mengenai gunung berapi kedua paling aktif telah mengeluarkan debu. Semalam, dilaporkan gunung berapi yang terletak di Filipina itu masih memuntahkan lava sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Menurut laporan, hampir  40,000 orang telah mengosongkan kawasan berkenaan, namun, masih terdapat beribu-ribu lagi komuniti yang enggan keluar dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ianya sangat membimbangkan kerana agensi-agensi bencana mengatakan letupan gunung berapi akan berlaku pada bila-bila masa.

Gambar: Dailymail

Menurut pakar, letusan Taal boleh bertahan selama beberapa bulan sehingga boleh menyebabkan ratusan orang terperangkap selama berbulan-bulan di rumah mereka sekiranya enggan berpindah.

Keadaan gunung Taal yang masih mengeluarkan lava itu seakan memberi petanda bahawa akan ada letusan yang lebih besar selepas ini. Tambahan pula, keadaan hujan yang turun bersama-sama dengan debu gunung berapi telah menjejaskan beberapa kawasan berdekatan.

Puluhan gegaran gunung berapi pada ketika ini telah meresahkan komuniti tempat yang dirasakan sehingga bandar Tagaytay, iaitu destinasi pelancongan yang popular sejauh 20 batu.

Pengerusi Red Cross, Richard Gordon berkata, orang ramai harus mematuhi arahan pemindahan kerana kemungkinan letupan akan berlaku adalah tinggi.

Gambar: Dailymail

Kami mendesak orang yang tinggal di zon bahaya untuk berpindah dan mengikut evakuasi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Gunung Taal merupakan salah satu gunung berapi yang paling aktif di negara itu dan meletus secara berkala ekoran gempa kerana lokasinya di ‘Ring of Fire’ Pasifik. Letusan Taal beberapa hari lalu telah memukau mata dunia apabila paparan kilat yang disilangi asap tebal tersebar di media sosial.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra