Siakap Keli

Jabatan Kesihatan Negeri Sahkan Kelantan Bebas Dari Virus Influenza A

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan negeri itu bebas daripada serangan wabak influenza A.

Menurut Datuk Dr Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan negeri, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang kes melibatkan wabak berkenaan di negeri tersebut.

Namun begitu, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan rapi dalam mengesan wabak tersebut.

Pihaknya turut menasihatkan penduduk di negeri itu supaya tidk panik khususnya berhubung dengan isu suntikan vaksin yang perlu diambil untuk pencegahan.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan sentiasa membuat pemeriksaan sekiranya terdapat kenaikka harga vaksin di klinik swasta.

Berikutan dengan perkara tersebut, orang ramai dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami demam yang luar biasa.

Malah, menurut Dr Zaini, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan bekerjasama dengan kerajaan Thailand untuk menangani wabak tersebut terutama mereka yang keluar masuk di pintu sempadan kedua-dua negara itu.

Sumber : Sinar Harian

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)