Siakap Keli
Kredit: Bernama

Kematian Adik Nur Dinie Damia Bukan Kerana Influenza -KKM

Kematian Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, bukan kerana influenza A, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, Nur Dinie, 7, telah disahkan negatif bagi jangkitan influenza berdasarkan ujian sampel klinikal miliknya.

“Ujian sampel klinikal kanak-kanak ini adalah negatif bagi jangkitan influenza. Punca kematiannya masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Berdasarkan laporan awal yang diterima, pesakit telah dibawa oleh ibu bapa beliau ke Jabatan Kecemasan sebuah hospital swasta di Selangor pada 11 Januari 2020 dalam keadaan yang kritikal.

“Pesakit telah meninggal dunia pada 12 Januari 2020 dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“KKM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua kanak-kanak terbabit.”

Semalam, Nur Dinie menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 10.48 malam setelah menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.