Siakap Keli

KPM Minta Sekolah Bantu Kajian Isu Kasut, Stoking Hitam

Pelaksanaan warna kasut hitam dalam kalangan murid sekolah dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 hingga tahun 2021. Pelbagai reaksi dan ragam daripada kalangan pelajar mahupun ibu bapa mengenai pelaksanaan perubahan tersebut.

Prihatin akan isu warna kasut tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumat dan maklum balas terutamanya daripada pihak sekolah.

Kajian itu dibuat bagi memperolehi dapatan mengenai pelaksanaan pemakaian kasut sekolah berwarna hitam yang telah bermula pada awal sesi persekolahan tahun ini.

Perkara ini ekoran pihak kementerian berpendapat bahawa perlu melaksanakan kajian bagi melihat sejauh manakah pelaksanaan yang diketengahkan oleh bekas Menteri Pendidikan. Dr Maszlee Malik.

Pihak kementerian juga memohon kerjasama daripada pihak sekolah bagi membantu kajian ini dengan memberikan maklum balas bagi soalan yang diutarakan dalam kajian tersebut. Kajian tersebut boleh diakses melalui pautan ini.

Pihak sekolah yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menyelesaikan kajian ini sebelum atau pada 22 Januari 2020.

Sumber: KPM

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra