Siakap Keli

Nampak Kesan Lebam, Budak Malang Ditemui Dirantai Pada Katil Seorang Diri

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dijumpai dalam sebuah rumah yang agak ngeri di Ciudad Fernandez, Mexico dalam keadaan kakinya terikat dengan rantai besi pada bahagian kaki katil di lokasi tersebut.

Kanak-kanak tersebut ditemui selepas jirannya mendengar bunyi-bunyi yang pelik serta jeritan daripada kanak-kanak tersebut.

Terdapat kesan lebam pada bahagian kakinya akibat dirantai dan mangsa telah dibawa ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.

Kredit Foto: Daily Mail

Akhbar Mexico Excelsior melaporkan bahawa pihak berkuasa mendapati terdapat baldi kecil berhampiran mangsa dipercayai telah digunakan sebagai tandas.

Selain itu, bilik tersebut juga dipenuhi dengan sampah sarap dan baju kotor di merata-rata tempat dibilik tersebut.

Kini, kanak-kanak tersebut berada dalam jagaan Pembangunan Integral Keluarga di San Luis Potosi sementara siasatan terhadap kes tersebut dijalankan.

Pihak berkuasa masih belum memastikan sama ada kanak-kanak tersebut dijumpai terikat dengan rantai tersebut di rumah ibu bapanya ataupun tidak.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung dengan kes ini.

Sumber: Mirror, Daily Mail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.