Siakap Keli

Ramalan Hujan Bawa Berita Baik Dan Buruk Buat Australia

Pihak Meteorologi di Australia telah meramalkan bahawa hujan dan ribut akan melanda kawasan hutan yang terbakar di Australia. Berita gembira ini diramalkan akan membawa keadaan yang lebih lembap ke kawasan yang sedang dilanda kebakaran.

Hujan lebat yang dijangka pastinya akan memberikan kelegaan kepada komuniti setempat terutamanya kepada ribuan petugas yang bertungkus lumus mengawal kebakaran. Menurut Biro Meteorologi, peralihan dalam corak cuaca yang diramalkan membawa keadaan yang lebih lembap dan secara tidak langsung dapat membantu mengawal kebakaran.

Walau bagaimanapun, ramalan hujan lebat yang bakal melanda kawasan hutan tersebut sebenarnya berisiko memberikan bencana lain yang bakal merosakkan landskap hutan. Perkara ini adalah kerana risiko tanah runtuh dan banjir yang berlaku ekoran hujan lebat.

Bencana ini berisiko terjadi kerana keadaan hutan yang kian kontang tanpa pokok-pokok segar yang memegang struktur tanah. Pengaliran air hujan dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan geluncuran tanah sehingga berlakunya tanah runtuh.

Menurut pakar meteorologi, Sarah Scully, hujan lebat dan ribut petir bakal memberikan potensi banjir kilat, terutamanya di kawasan terbakar.

Hujan lebat dan ribut petir bakal membawa risiko untuk banjir kilat, terutamanya di kawasan terbakar seperti New South Wales dan Victoria yang kini terdedah dengan tanah runtuh dan pokok-pokok yang tumbang.

Gambar: Daily Express

Pihak bomba NSW juga menyuarakan kebimbangan sekiranya hujan lebat yang melanda selepas kebakaran boleh menyebabkan pencemaran air.

Sumber: CNA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra