Siakap Keli

Saintis Anggar Kebakaran Australia Bebaskan Lebih 400 Juta Tan Karbon Dioksida Di Udara

Asap daripada kebakaran hutan di Australia dilihat telah mula mengelilingi dunia. Gambar satelit yang diambil oleh National Oceanic and Atmospheric Administration memperlihatkan jerebu daripada kebakaran hutan tersebut kini telah menutupi langit yang meliputi benua di Amerika Selatan.

Pelepasan asap yang dikeluarkan melalui kebakaran tersebut mengandungi ribuan kompaun, termasuk gas rumah hijau yang boleh memberi kesan kepada iklim. Para saintis di seluruh dunia telah menyuarakan kebimbangan akan skala pelepasan dan kesan kemusnahan yang terjadi akibat daripada kebakaran tersebut.

Pengkaji atmosfera menyatakan bahawa kebakaran hutan itu telah melepaskan beratus-ratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera bumi.

“Kira-kira 400 juta tan karbon telah dilepaskan hasil daripada kebakaran hutan yang terjadi di Australia ini,” kata Dr. Pep Canadell, ketua saintis dari agensi kajian kebangsaan Australia dan pengarah eksekutif Global Carbon Project yang memerhati pelepasan gas rumah hijau global.

Untuk meletakkan angka tersebut dalam perspektif, jumlah pelepasan karbon di Australia yang dikeluarkan hasil daripada buatan manusia pada tahun lepas dianggarkan sebanyak 540 juta tan. Kebakaran hutan pada tahun ini yang didorong dengan peningkatan suhu dan kemarau telah dicatatkan melepasi dua pertiga daripada jumlah tersebut.

Namun apa yang lebih membimbangkan adalah sebahagian besar daripada kebakaran ini, termasuk dua yang bergabung menjadi “megafire” telah memusnahkan kawasan yang memakan masa berdekad untuk pulih sepenuhnya.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: NPR

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.