Siakap Keli

Dipercayai Tiru Aksi Bahaya Di YouTube, Muka Budak Melecur Disambar Api

Gara-gara ingin cuba meniru aksi dalam video di YouTube, seorang budak lelaki berusia 10 tahun cedera selepas disambar api di bahagian wajah dan lehernya.

Ketika kejadian berlaku kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain bersama rakannya di taman berhampiran rumahnya di United Kingdom.

Tindakan kanak-kanak 10 tahun itu yang cuba untuk meniru aksi yang dilihatnya dalam video terbabit meggunakan pemetik api, deodoran dan tong petrol membawa padah.

Sebaik sahaja beliau menghidupkan pemetik api, api menyambar wajah dan jaket yang dipakainya secara tiba-tiba.

Kanak-kanak itu dikatakan menjerit kesakitan dan  berlari mengelilingi taman permainan untuk meminta bantuan. Jaket hitam yang dipakainya dikatakan mencair dan meleleh hingga terkena pada wajah dan kepalanya.

Sejurus kejadian itu diketahui oleh ibunya, dia segera dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan. Beliau dikatakan melecur di bahagian muka, kepala dan leher.

Setelah apa yang menimpa anaknya itu, ibu mangsa menasihatkan kanak-kanak lain agar tidak meniru aksi yang dilihat di Youtube serta menjauhkan diri dari perkara yang berbahaya seperti pemetik api.

Sumber: Belfast Live

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)