Siakap Keli
Kredit: Global News/Google

(Video) Burger Disimpan Hampir 20 Tahun, Bila Dibuka Elok Macam Baru Masak

Setiap makanan mempunyai jangka hayat yang tertentu. Biarpun sesuatu makanan disimpan dengan baik, ia akan rosak juga apabila tiba tarikh luputnya.

Namun, seorang lelaki membuat perkongsian mengejutkan apabila burger yang dibelinya di sebuah restoran makanan segera masih ‘elok’ biarpun setelah 20 tahun, menjadikannya ‘burger tertua di dunia’.

Menurut Global News, David Whipple telah membeli burger tersebut pada 7 Julai 1999 untuk satu pembentangan mengenai fungsi enzim dan menunjukkan bagaimana sesuatu merosak.

Makanan tersebut diletakkan di dalam poket kot yang akhirnya dilupakan sehinggalah David dan isterinya ingin memberi kot tersebut kepada orang lain.

Burger tersebut dikatakan tidak berbau kuat selain bau seperti kadbod.

Sementara itu, fizikalnya pula masih dilihat dalam keadaan baik dan utuh.

Sumber: Global News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.