Siakap Keli

(Video) Pakar Dakwa Asap Kebakaran Hutan Australia Sebar Partikel Halus, Dikaitkan Dengan Asma & Stroke

Asap hasil daripada kebakaran hutan yang tercetus di Australia didakwa membawa partikel-partikel yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Menurut AJplus, kualiti udara Melbourne kini didakwa sebagai “paling buruk di dunia” disebabkan kebakaran hutan tersebut.

Setakat ini, kebakaran tersebut telah dilaporkan meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa, memusnahkan lebih 2,600 rumah serta telah menghancurkan lebih daripada 10.3 juta hektar kawasan yang kebanyakannya di New South Wales. Kawasan yang musnah tersebut dikatakan lebih besar daripada salah sebuah negeri di Amerika Syarikat iaitu Indiana.

Ramai rakyat Australia didakwa terpaksa ditahan di hospital dengan kebanyakan daripadanya mengalami asma buat kali pertamanya dalam hidup mereka.

Kini asap daripada kebakaran hutan itu telah dilaporkan tersebar ke New Zealand, Chile dan Argentina. Asap tersebut didakwa membawa partikel-partikel asid yang boleh menyebabkan antaranya masalah jantung dan angin ahmar, seperti yang dilaporkan oleh New Scientist.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Saintis NASA memberi amaran bahawa asap kebakaran hutan di Australia itu dijangka akan membuat sekurang-kurangnya satu “pusingan penuh” ke seluruh dunia dan seterusnya akan kembali ke Australia semula.

Sehingga kini, NASA memaklumkan bahawa asap tersebut dikatakan telah “mengembara” hampir setengah daripada bumi dan dilihat akan turut menjejaskan kualiti udara di negara lain.

Australia kini sedang berhadapan dengan bencana kebakaran hutan yang terburuk dalam dekad ini, dengan kemusnahan kawasan yang begitu besar dicatatkan sejak daripada kebakaran itu tercetus pada Julai.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: ajplus/NASA/The New York Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.