Siakap Keli

(Video) Terkejut Dengan Kereta, Kucing Buat Aksi ‘Flip Kung Fu’ Macam Anak Buah Ip Man

Sejak dari semalam, media sosial Twitter telah dihiburkan dengan satu video gelagat seekor kucing yang secara tiba-tiba melakukan aksi akrobatik ketika sedang berjalan mengekori dua orang pejalan kaki.

Video yang berdurasi selama 17 saat itu memaparkan aksi seekor kucing yang dipercayai terkejut akan kereta yang berada di arah belakangnya. Kucing tersebut lantas memberi reaksi melompat susulan daripada itu.

Agak unik dan mencuit hati juga apabila melihat telatah kucing tersebut kerana secara lazimnya kucing yang terkejut hanya akan melompat sahaja. Namun bagi kucing ini, reaksi melompat sahaja tidak begitu mencukupi untuk mentafsirkan betapa terkejutnya dia ketika itu.

Video gelagat kucing yang telah dimuat naik sejak semalam itu, telah mencatatkan lebih 200 ribu tontonan daripada netizen di media sosial.

Pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan video tersebut dapat dilihat menerusi ruangan komen video itu. Berikut adalah antara reaksi netizen di media sosial:

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.