Siakap Keli
Kredit Foto: Twitter

Warga Emas Jalan Kaki Pulang Ke Kelantan, Dakwa Ditipu Rakan Janjikan Kerja Di KL

Kisah sedih seorang warga emas terpaksa berjalan kaki dari Subang ke Kelantan apabila didakwa telah ditipu rakannya sendiri untuk bekerja sebagai tukang cuci di Kuala Lumpur.

Menurut seorang pengguna twitter yang berkongsi mengenai warga emas tersebut telah berjalan kaki sehingga melepasi tol Bentong ketika dijumpainya itu.

Namun disebabkan wang tidak mencukupi, dia terpaksa berjalan kaki untuk balik ke Kelantan.

Kerana kesian akan nasib yang menimpa warga emas berkenaan, beliau bercadang untuk menumpangkan warga emas tersebut hingga ke Paka dan membelikannya tiket ke Kelantan setelah sampai di sana.

Namun cadangannya untuk membelikan tiket itu ditolak oleh warga emas berkenaan atas alasan berasa loya jika menaiki bas.

Kredit Foto: twitter

Akur dengan permintaan warga emas tersebut, lelaki ini terpaksa meninggalkannya di kawasan tersebut dan sempat menghulurkan air mineral dan sedikit wang kepadanya.

Malang nasib yang menimpa warga emas ini kerana datang dari jauh dengan harapan untuk bekerja namun telah ditipu oleh rakan sendiri.

Semoga segala urusannya dipermudahkan dan bertemu dengan orang yang baik-baik serta ikhlas membantunya.

Sumber: Pg Hafizi

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.