Siakap Keli
Sumber: CBS NEWS

Kesan Letusan Gunung Berapi Taal, Ladang Nanas Bertukar Jadi Kelabu

Sebahagian kawasan di Filipina dilanda debu asap daripada Gunung Berapi Taal dan berubah menjadi warna kelabu. Hampir 44,000 rakyat di sana dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Menurut Jabatan Pertanian, letusan lava tersebut telah merosakkan lebih 10.9 juta dolar tanaman. Rata-rata di media sosial berkongsi foto menunjukkan haiwan, tumbuhan dan rumah kedian diliputi dengan asap kelabu.

Salah satu gambar yang mendapat perhatian dunia adalah sebuah ladang nanas dimusnahkan dan tiada warna hijau lagi pada ladangnya itu. ia seakan-akan seperti arang.

Kata tuan ladang tersebut, mereka tidak dapat menuai nana yang tua. Tetapi terpaksa menanggung kerugian kerana banyak nanas yang tinggal menjadi busuk.

Katanya lagi, kerugian ini merupakan yang paling teruk selama 17 tahun bergelar petani.

Bukan itu sahaja, turut peladang dan petani yang lain mengalami kerugian yang sama.

Orang ramai dinasihatkan untuk memakai topeng untuk melindungi daripada terhidu bau abu. Namun, buat masa sekarang, jumlah topeng sangat terhad.

Keseluruhan bandar telah diselubungi dengan abu yang tebal. Kerajaan Filipina menjalankan sesi pembersihan di beberapa bandar sekitar pergunungan Taal. Tiada yang terkorban setakat ini.

Bagaimanapun, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memberi amaran ketat bahawa letusan tersebut bakal meletus bila-bila masa sahaja.

 

Sumber: CBS News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)