Siakap Keli

Baru 3 Jam Lahir, Bayi Maut Didakwa Dibaham Anjing Dalam Dewan Bedah

Pihak polis sedang menyiasat kes dakwaan seorang bayi baru lahir maut kerana dibaham anjing sesat dalam sebuah hospital di New Delhi.

Menurut penyiasat, bayi yang malang itu diserang beberapa ekor anjing yang masuk melalui tingkap hospital berkenaan.

Kejadian tersebut mula disedari oleh ahli keluarga mangsa selepas mendengar bunyi bising di dalam dewan bedah tersebut.

Menurut bapa mangsa, pihak hospital menafikan kematian anaknya itu bukan berpunca daripada gigitan anjing namun keluarga mangsa mendapati ada kesan gigitan pada dada dan mata kiri mangsa.

Selain itu, pihak hospital menawarkan wang tunai untuk merahsiakan kejadian tersebut.

Menurut pegawai polis, mereka menutup hospital berkenaan kerana ia beroperasi tanpa lesen. Bagaimanapun, pihak polis sedang menunggu keputusan bedah siasat punca kematian sebenar.

Sumber: BBC.com

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)