Siakap Keli

Budak Nyaris Maut Tergelincir Bilik Air, Badan Tertusuk Batang Berus Cuci Tandas

Seorang kanak-kanak lelaki di China hampir maut gara-gara terjatuh di dalam bilik air dan menyebabkan bahagian punggungnya tertusuk berus tandas.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu diselamatkan melalui pembedahan kecemasan di sebuah hospital di wilayah Jiangsu Timur China selepas lebih dari 10 sentimeter (empat inci) batang plastik tersebut tertusuk di bahagian tubuhnya sehingga memusnahkan rektumnya.

Ibu bapa kanak-kanak itu mendapati bahawa anak lelaki mereka tergelincir di dalam bilik air dan jatuh terduduk di atas alat pencuci itu. Sebelum dibawa ke hospital di daerah Jiangsu, mereka membawa kanak-kanak itu ke beberapa hospital yang kecil namun menyatakan kesukaran untuk merawatnya kerana keadaan yang sangat serius.

Satu pasukan yang terdiri lebih daripada 10 orang doktor telah dibentuk dengan segera bagi menjalankan pembedahan kecemasan terhadap pesakit.

“Semasa pembedahan, kami mendapati bahawa situasi lebih serius dari apa yang kami jangkakan.

“Terdapat banyak najis di dalam rongga perutnya, terutama rongga pelvisnya. Ia sangat sukar bagi saya untuk melihat kedudukan tusukan,” kata Dr Zhang Youbo.

Pembedahan berjalan selama lebih dari empat jam dan kanak-kanak itu dibawa ke Unit Rawatan Rapi untuk dijaga. Hospital itu juga berkata bahawa kanak-kanak itu dilepaskan pada awal bulan selepas keadaannya stabil.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra