Siakap Keli

Didakwa Rogol & Bunuh Budak 6 Tahun, Lelaki Menggelupur Dibakar Hidup-Hidup Penduduk Kampung

Kredit Foto: The Sun

Seorang lelaki yang dituduh sebagai pedophile telah dibakar hidup-hidup oleh orang ramai selepas didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dalam sebuah hutan.

Mangsa telah diikat pada sebatang tiang dan dipukul oleh orang ramai yang tinggal berhampiran Cacahoatan, selatan Mexico.

Mangsa yang masih lengkap berbaju biru dan berseluar jeans telah dipukul berkali-kali termasuk pada bahagian kepalanya sebelum dibakar.

Kredit Foto: The Sun

Lelaki berkenaan turut dicampakkan di tanah lapang dengan tangan yang masih terikat lalu dicurahkan petrol ke badannya.

Mangsa kelihatan berhempas pulas bergelut dengan api marak yang membakar tubuh badannya ketika itu.

Orang ramai dilihat bersorak menyaksikan penderitaan lelaki berkenaan yang menggelupar menjerit kesakitan sehingga menyebabkan kematiannya.

Kredit Foto: The Sun

Ahli keluarga kanak-kanak perempuan tersebut cuba untuk membawa mangsa ke balai polis untuk tindakan lanjut, namun dihalang oleh orang ramai yang marah dengan tindakan yang dilakukan mangsa.

Kanak-kanak perempuan berkenaan dilaporkan hilang dan ditemui telah meninggal dunia pada hari berikutnya.

Polis kemudiannya bergegas ke lokasi di mana mangsa dibakar namun gagal menyelamatkan mangsa ketika itu.

Sunber: The Sun

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.