Siakap Keli

Jangan Biarkan Jika Anak Kerap Muntah Selepas Menyusu, Boleh Menyebabkan Kegagalan Hati – Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jururawat merupakan individu terpenting selepas doktor. Pekerjaan yang dilakukan jururawat selalunya dipandang remeh dan diambil ringan oleh segelintir masyarakat.

Seorang doktor berkongsi satu kisah yang dialami oleh jururawatnya ketika pergi membuat lawatan ke rumah seorang ibu yang baru lepas bersalin.

Kisah Benar

Jururawat saya pergi untuk lawatan rumah seorang ibu yang baru bersalin. Terkejut beliau melihat seorang bayi berumur 14 hari yang amat kurus. Bayi tersebut juga kelihatan kuning.

Bayi muntah setiap kali menyusu

Nenek memberitahu yang bayi tersebut muntah untuk beberapa hari setiap kali selepas menyusu, tetapi mereka tidak membawa untuk rawatan di mana mana klinik/hospital. Selepas panggil saya, Kami terus rujuk bayi tersebut kepada hospital dengan segera.

Seperti yang disangka , bayi tersebut mempunyai “biliary atresia” – masalah dengan sistem hempedu yang akan menyebabkan kegagalan hati. Bayi tersebut dirujuk kepada doktor bedah di Hospital Besar dan pembedahan dilakukan dengan serta merta.

Bayi tersebut sembuh dan sekarang seperti budak lain. Kalau lah Jururawat tak melawat rumah hari tersebut , entah apa yang akan berlaku. Sekiranya penyakit dikesan lambat dan pembedahan gagal, hanya pemindahan hati yang dapat merawat.

Kajian menunjukan 40% kes kematian kanak kanak berumur 5 tahun ke bawah adalah dalam tempoh “neonatal” ( 28 hari pertama selepas kelahiran) Bersyukur Kami menyediakan perkhidmatan kesihatan di rumah bagi ibu baru bersalin dan bayi.

Tolong beri kerjasama kepada jururawat-jururawat kami. Kami ingin yang terbaik untuk anda dengan anak anda.
P.S : Sekiranya bayi anda kuning, tolong pantau warna najis dan kencing bayi. Kalau warna najis pucat macam dalam gambar di bawah (bahagian suspect stool) atau warna kencing gelap macam air teh, tolong ke klinik dengan segera.

Nurul Alia Ali