Siakap Keli

Jepun Sahkan Kes Pertama Wabak Baharu Coronavirus Dari China

Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan kes jangkitan pertama iaitu wabak terbaharu dari China yang dikenali sebagai Coronavirus.

Menurut kementerian ini, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an daripada wilayah kanagawa diuji positif menerima wabak ini. Laporan mendapati, lelaki berkenaan berkunjung ke Wuhan, China tempat penularan gejala pneuminia yang dipercayai disebabkan coronavirus.

Susulan daripada kes jangkitan ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat sudah mengeluarkan satu amaran bagi perjalanan berhubung kunjungan ke Wuhan.

Mengikut jabatan itu, pelancong yang pergi ke negara tersebut dinasihatkan untuk tidak menyentuh dengan haiwan, mengunjungi pasar haiwan dan makan produk haiwan bagi langkah berjaga-jaga.

Bukan itu sahaja, Kementerian Kesihatan Thailand juga berkata mereka akan meningkatkan pemantauan terhadap pelancong yang tiba di lapangan terbang menjelang sambutan perayaan tahun baru Cina yang mana dijangka lebih 800,000 pelancong ke negara tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata virus tersebut boleh tersebar dan pihak mereka telah memberi amaran kepada semua hospital di seluruh dunia.

Coronavirus merupakan keluarga besar virus yang boleh menyebabkan jangkitan daripada selesema biasa ke Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Sesetengah jenis virus menyebakan penyakit kurang serius manakala ada juga yang boleh menyebabkan jangkitan teruk seperti sindrom pernafasan Asia barat (MERS).

Pesakit Jepun yang pulang dari Wuhan bulan ini diserang Coronavirus dan dirawat di hospital. Dia dibenarkan keluar hospital semalam selepas gejala yang dialami pulih.

Menurut rekod, seorang telah terkorban akibat terkena jangkitan virus ini.

Sumber: Reuters

Follow Siakap Keli Di Instagram

Lihat siaran ini di Instagram

Innovasi yang hebat..

Siaran dikongsi oleh Siakap Keli (@siakapkeli) pada

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: