Siakap Keli

Lelaki Kongsi Pengalaman Disergah Wanita, Ancam Mahu Buang Anak Jika Tiada Siapa Nak Jaga

Seorang pengarah urusan berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ingin dibuang oleh ibunya di Taman Tasek Ampang Hilir, Ampang pada November tahun lalu.

Menurut Muhamad Haswadi Ali, dia telah didatangi oleh seorang wanita dipercayai warga Indonesia selepas selesai bersenam di tasik berkenaan.

Sebaik sahaja selesai berjogging di tasik itu, dia dikatakan ingin menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba seorang wanita yang tidak dikenali menghampirinya dan memperkenalkan dirinya sebagai Riya.

Wanita itu dikatakan meminta tolong untuk menjagakan bayinya dan mengancam untuk membuang bayi tersebut jika tidak mahu mengambilnya.

Wanita terbabit kemudian bertindak menyerahkan bayi berkenaan bersama sebuah beg berwarna biru yang mengandungi butiran peribadi, susu dan barangan bayi.

Simpati dengan nasib wanita serta bayi itu, dia kemudian membuat keputusan untuk mengambil bayi berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya bagi memaklumkan kejadian tersebut.

“Sejak dari itu saya menjaga bayi itu dan menganggap sebagai anak sendiri dengan memberi nama Azrill Qayyim Abdullah dan menjadikannya sebagai anak angkat,” katanya.

Dia juga telah mendapat kelulusan hak penjagaan sementara selama sebulan daripada Jabatan kebajikan Malaysia (JKM) dan Mahkamah sebelum memperoleh hak jagaan sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian

Zetty Amelia