Siakap Keli

Mohon Dijauhkan Wabak Influenza, Semua Masjid Di Johor Solat Hajat Jumaat Ini

Negeri Johor menjadi antara negeri di Malaysia yang mencatatkan penularan wabak influenza A paling tinggi sehingga menjejaskan puluhan murid di sekolah.

Disebabkan wabak yang dilihat semakin ‘mengganas’ itu, semua masjid dan surau di Johor digesa mengadakan solat sunat hajat untuk memohon agar dijauhkan dari wabak tersebut berterusan menular.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Shamsudin arahan agar melaksanakan solat sunat hajat tersebut bagi seluruh masjid kerajaan dan kariah di negeri berkenaan.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan, solat sunat hajat tersebut bertujuan memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan kesejahteraan, keselamatan, ke’afiatan dan dilindungi dari wabak influenza A kepada seluruh rakyat.

Sumber: Sinar Harian

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra