Siakap Keli
Kredit Foto: Twitter

Netizen Kagum Dengan Skill Pakcik Ambil Gambar Guna Daun ”Love” Keluarga Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Percutian bersama keluarga merupakan detik yang sangat indah. Pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakam detik-detik bahagia tersebut terutama bersama orang tersayang seperti ahli keluarga.

Menurut seorang pengguna twitter yang berkongsi mengenai seorang lelaki yang agak berusia mempunyai cara yang tersendiri untuk mengambil gambar.

Menurutnya, dia sedang bercuti bersama keluarganya ingin merakamkan kenangan di tempat tersebut telah meminta bantuan seorang pakcik untuk mengambil gambar.

Tiba-tiba, pakcik tersebut bertindak membuka topi dan mengeluarkan daun berbentuk love yang dibuat sendiri digunakan ketika mengambil gambar.

Lebih memeranjatkan apabila hasil gambar yang diambil itu juga sangat cantik.

Menurut perkongsian daripada netizen, nama pakcik tersebut adalah Abdul Rahman yang berusia 70 tahun.

Selain itu, pakcik tersebut dipercayai bekerja sebagai tukang sapu disitu turut mempunyai budi pekerti yang tinggi. Pakcik tersebut dikatakan turut memberi salam ketika mereka sampai di sana.

Malah bukan itu sahaja, dia juga tidak mengenakan apa-apa bayaran ke atas khidmat yang diberikan. Rata-rata netizen tinggalkan komen positif terhadap warga emas tersebut.

“Sending all the love to this pakcik”

“May Allah protect him fiddunyawalakhirah”

Sumber: Epa

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.