Siakap Keli

Pernah Menjadi Ahli Gusti Dalam WWE, Ayah ‘The Rock’ Meninggal Dunia

Rocky  “Soul Man” Johnson, bekas ahli gusti profesional dan bapa kepada Dwayne Johnson atau “The Rock” telah meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Kematian Rocky Johnson atau nama sebenarnya Wayde Bowles diumumkan dalam satu kenyataan oleh World Wrestling Entertainment pada rabu semalam. Pengurusnya mengesahkan kematian tersebut kepada NBC News tetapi tidak berkongsi butiran mengenai punca kematian.

Menurut kenyataan liga gusti, Rocky Johnson memulakan kariernya pada tahun 1960-an dengan National Wrestling Alliance sebelum menjadi atlet WWE pada tahun 1983. Mendiang bekerjasama dengan rakan sekutu WWE, Tony Atlas untuk membentuk duo The Soul Patrol yang mengalahkan The Wild Samoans pada tahun itu.

” “The Soul Man” bersara dari gelanggang pada tahun 1991, namun jejaknya dirasai di WWE selama bertahun-tahun yang akan datang,” kata WWE.

Sumber: NBC News

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra