Siakap Keli

Pulau Betet Dan Pulau Gandul ‘Ditelan’ Bumi, Beberapa Lagi Bakal Tenggelam – Laporan

Forum Alam Sekitar Indonesia (Walhi) Sumatra Selatan mengatakan bahawa dua pulau kecil di Sumatra Selatan dilaporkan tenggelam akibat kenaikan paras air laut pada 2019.

Empat pulau lain juga diancam tenggelam pada tahun 2020 akibat pemanasan global.

Pengarah Eksekutif Walhi di Sumatera Selatan, Hairul sobri, berkata kedua-dua pulau itu adalah Pulau Betet dan Pulau Gundul yang secara teknikalnya berada di bawah pentadbiran Kabupaten Banyuasin.

“Dianggarkan terdapat empat daripada 23 pulau di Sumatera Selatan yang akan tenggelam menjelang tahun 2020 berikutan kenaikan paras air laut yang tinggi dan penurunan tanah. Perubahan iklim yang menyebabkan perubahan paras air laut pasti akan menenggelamkan kawasan pesisir sama ada didiami atau tidak,”kata Hairul.

Hairul juga berkata pemanasan global hadir melalui beberapa faktor iaitu pergantungan besar -besaran terhadap bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli serta kebakaran hutan dan tanah (karhutla)

Suhu tertinggi di Sumatera Selatan pada 2019 mencatatkan 37 darjah Celcius atau meningkat sehingga 0.39 darjah dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Sementara itu, empat pulau lain yang diancam tenggelam ialah Pulau Burung dengan ketinggian 0 meter dari aras laut, Pulau Salahnamo dan Pulau Kalong dengan ketinggan 2 meter dari aras laut dan Pulau Kramat 3 meter dari aras laut.

Sumber: CNN Indonesia

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra