Bagi mereka yang mempunyai kucing di rumah pasti tidak jelas, adakah solat mereka sah ataupun tidak jika bulu kucing terdapat pada pakaian atau kucing itu bermain-main di kaki saat solat bukan?
Menurut Mazhab Syafie bulu kucing yang tercabut semasa ia masih hidup adalah najis tapi najis yang dimaafkan. Namun begitu, jika badan, pakaian atau tempat solat terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.
Seeloknya apa yang dicadangkan adalah dengan meletakkan sebentar kucing di ruang yang lain seperti di dalam sangkar supaya ianya tidak mengganggu kekhusyukkan ketika solat.
Perkara tersebut dikongsikan oleh mufti sendiri di akaun Twitter miliknya sebagai pendedahan kepada mereka yang peminat kucing.
Kepada peminat kucing. pic.twitter.com/lNZUNNAJKq
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) January 16, 2020
Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri