Siakap Keli
Gambar: Newsweek

Sering Jadi Perhatian Dunia, Rahsia Diet Ronaldo Didedahkan

Bintang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo sememangnya dikenali di seluruh dunia sebagai pemain yang sering memberikan kejutan kepada peminat bola sepak.

Apa tidaknya, gol-gol dan aksi yang ‘tidak masuk akal’ sering dipersembahkan di dalam padang.

Seperti hujung tahun lepas, Ronaldo mengemparkan dunia dengan lompatan tinggi sehingga 2.56 meter sebelum menjaringkan gol ketika menentang Sampdoria.

Tertanya-tanya diet ataupun bagaimana rutin makanan lagenda ini sehingga mampu menonjolkan aksi yang baik setiap kali perlawanan?

Makan sehingga enam kali sehari

Ronaldo mengamalkan diet yang sangat berdisiplin. Pun begitu, dalam masa sehari, Ronaldo boleh menjamah makanan sehingga enam kali dan ikan merupakan sebahagian besar dalam dietnya.

Swordfish, tuna dan cod braised adalah kegemarannya pada masa tertentu. Dia juga menganggap ayam mempunyai keajaiban kerana mempunyai protein yang tinggi dan kandungan lemak yang rendah.

Sarapan

Pada waktu pagi, bekas pemain Real Madrid itu menjamah ham, keju dan juga Yoghurt rendah lemak. Namun, sekiranya dia tidak mengambil sarapan, Ronaldo akan mendapatkan roti alpukat sebagai makanan ringan sepanjang hari.

Makan tengah hari

Bagi makanan tengahari, juadah utama yang dimakan oleh Ronaldo adalah berasaskan ayam dan salad. Dan sekiranya tidak, dia akan menjamah tuna dengan salad, telur dan buah zaitun.

Makan malam

Pada waktu malam pula, pemain bola sepak terkenal itu akan mengisi perutnya dengan makanan berasaskan daging atau ikan dan mungkin memecahkannya kepada dua bahagian. Ronaldo juga akan menikmati antara steak, ikan todak, atau Lisbon Bacalao a la Brasa iaitu campuran braised cod, bawang, kentang yang dihiris nipis dan telur hancur sebelum melelapkan mata pada waktu malam.

Gambar: Sportlife.news

Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Ronaldo bukan hanya menumpukan pada pemakanan sahaja, malah turut melibatkan waktu rehat yang cukup.

Sekurangnya lima kali ‘nap’ sehari

Pada setiap hari, Ronaldo akan memastikan dirinya mendapat lapan jam waktu tidur yang cukup. Pun begitu, Ronaldo masih menikmati sekurang-kurangnya lima kali naps pada siang hari. Tidur yang cukup adalah sangat penting ekoran Ronaldo memerlukan tenaga yang maksima bagi menjalani latihan.

Saya tidur awal dan bangun awal, terutama sebelum perlawanan. Tidur membantu otot pulih dan ianya sangat penting.

Selain daripada itu, Ronaldo turut aktif dengan aktiviti lain seperti berenang dan juga menghabiskan masa di gimnasium.

Sumber: The Sun

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra