Siakap Keli

Wang Tunai Masih Perlu Ada Dalam Dompet Walau Dah Tambah Nilai ‘E-Wallet’

Semalam, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang darpada 100,000 setahun boleh menebus RM30 melalui program e-Tunai Rakyat.

Program e-Tunai Rakyat merupakan langkah Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Oktober 2019 yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Nilai wang tersebut boleh ditebus bagi sesiapa sahaja yang menggunkan aplikasi e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet.

Pihak yang menjadi pengguna tegar aplikasi ini sangat menyokong insentif kerajaan kerana ia dapat menggalakka lagi transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat di negara ini.

Kelebihan menggunakan aplikasi tanpa tunai kerana semuanya berada di hujung jari tanpa perlu ke mesin pengeluaran wang (ATM) untuk mengambil wang.

Malah terdapat banyak ganjaran pulangan tunai dan promosi yang ditawarkan sekiranya pengguna aktif menggunakan transaksi tanpa tunai untuk membuat bayaran di kedai terpilih.

Namun begitu sebagai seorang pengguna kita juga perlu mempunyai back up wang tunai jika berlaku server down di kedai ketika hendak membuat bayaran atau telefon bimbit bermasalah.

Sehubungan dengan itu, persediaan untuk sebarang kemungkinan harus dibuat. Back up wang perlu ada di dompet untuk sebarang kemungkinan masalah berlaku.

Sumber: Sinar Harian

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)