Siakap Keli

18% Diskaun Di Semua Plaza Tol Milik PLUS, Bermula 1 Februari 2020

Kerajaan akan melaksanakan pengurangan 18 peratus kadar tol bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS bermula 1 Feb 2020.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan bahawa keputsan tersebut berdasarkan persetujuan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 januari 2020 lalu.

Berdasarkan dalam kenyataan terseubt, lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

 

Sumber: Twitter Dr Mahathir 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.