Siakap Keli
Kredit: Google/Puspakom

Bukan Main Tukar Je, Ini Prosedur Anda Kena Buat Kalau Nak Tukar Enjin Kenderaan

Enjin kereta anda mengalami kerosakan? Atau anda ingin menaik taraf kemampuan kereta anda? Apapun sebabnya, anda perlu menjalani beberapa prosedur penukaran enjin kereta.

Mari kita baca perkongsian dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Labuan mengenai prosedur penukaran enjin kereta anda.

Prosedur Penukaran Enjin

1. Hadir ke Puspakom dan bawa dokumen

Anda memerlukan tiga dokumen berikut untuk pemeriksaan Puspakom.

  • Surat kastam 1
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  • Kenderaan

Tukar enjin melalui 2 peringkat pemeriksaan. Contohnya, pemeriksaan kereta melibatkan;

  • (ujian brek) lulus/gagal dapat laporan VR1 – RM35
  • (ujian keseluruhan) lulus/gagal dapat laporan B2 – RM25

Kereta yang ingin ditukar enjinnya wajib lulus kedua-dua ujian pemeriksaan tersebut. Jika gagal salah satu ujian tersebut, wajib ulang balik dengan bayaran yang lain.

prosedur penukaran enjin kereta.

Ujian brek. (Gambar: Puspakom)

2. Isi borang K8

Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, isi borang K8 di Pejabat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama pada enjin baru.

Bawa bersama laporan Puspakom B2 dan VOC. (jika wakil hadir sertakan salinan myKAD pemilik kenderaan dan wakil yang hadir). Selesai.

Tiada bayaran dikenakan, ianya percuma kecuali jika anda ingin mendapatkan VOC yang baru, bayaran RM50 dikenakan.

3. Jumpa pegawai KA jika ada permasalahan

Kalau melibatkan kes atau permasalahan salah satu di bawah, wajib berjumpa dengan Pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif (KA) di JPJ sebelum masuk ujian pemeriksaan Puspakom.

i. Enjin melebihi 30% dari enjin asal. (contohnya 1.3cc tukar 1.8cc). Pengiraannya adalah seperti berikut;

(Enjin Baru : 1800 ) – (Enjin Lama : 1300 )/(Enjin lama: 1300) × 100 = 38.46%

ii. Tukar enjin berlainan model (contoh; Naza kepada Nissan)
iii. Tukar bahan bakar kenderaan (contoh dari petrol ke diesel)

penukaran enjin kereta memerlukan prosedur tertentu
Proses penukaran enjin kenderaan. (Kredit: Google)

4. Hadir ujian pemeriksaan

Selesai mendapat surat kebenaran daripada Kejuruteraan Automotif(KA), baru hadir ujian pemeriksaan Puspakom dan membuat pengesahan butiran kenderaan di JPJ.

Jika anda membeli enjin dengan kawan-kawan, anda perlu dan wajib buat surat akuan sumpah bagi menggantikan Surat Kastam 1.

Bagi motosikal pula, penukaran enjin tidak boleh dilakukan melainkan atas sebab berlakunya kemalangan dan menyebabkan enjin motosikal telah musnah.

Laporan daripada polis juga diperlukan bagi membuat permohonan di Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ berdekatan untuk memasang enjin baru pada motosikal tersebut.

Sumber: JPJ W.P Labuan

Amira

Love yourself.