Siakap Keli

‘Datuk Abhy’ Disyaki Rogol Pelajar Diberkas Polis

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Abhy’ diberkas polis di rumahnya di Kajang, Selangor, hari ini selepas disyaki terbabit dalam kejadian rogol dengan memperdaya mangsa  menggunakan aplikasi ‘Bigo Live’.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, lelaki berusia lewat 40-an itu ditahan pada jam 2 petang tadi susulan laporan polis oleh seorang pelajar perempuan yang didakwa dirogol oleh suspek di sebuah rumah kedai di Bandar Baru Bangi, Selasa lalu.

“Mangsa yang berusia belasan tahun mengenali suspek melalui aplikasi ‘Bigo Live’ dan menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji lumayan kepada mangsa sebagai pembantu peribadi. Namun, suspek mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata polis turut menerima satu lagi laporan kes rogol pada Isnin lalu serta menyiasat beberapa kes rogol lain dengan modus operandi sama, dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek.

“Kes masih lagi dalam siasatan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan permohonan reman akan dibuat mahkamah di Kajang, pagi esok,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu atau mana-mana kejadian yang melibatkan modus operandi sama boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat iaitu Insp Noorlaila Kairudin di talian 019-2299906, atau menghubungi balai yang terdekat.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.