Siakap Keli

Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur, Suspek Guna Aplikasi Google Translate Nak Puji Mangsa Cantik

Seorang lelaki 33 tahun ditahan kerana menculik dan merogol  seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Lebih mengejutkan, suspek dipercayai menggunakan aplikasi Google Translate di telefon pintarnya untuk memberitahu kepada gadis itu bahawa dia sangat cantik.

Suspek menculik dan melakukan serangan seksual semasa mangsa sedang berjalan di sebuah perhentian bas di Wake County. Lelaki itu memegang dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta sebelum membawanya ke rumah serta memaksa gadis itu melakukan hubungan seks.

Tidak boleh berbahasa Inggeris, suspek dikatakan menghantar remaja itu kembali ke sekolah dan mengunakan Google Translate untuk memberitahu bahawa gadis itu cantik dan meminta untuk tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang telah berlaku.

Menurut pegawai polis, suspek ditahan pada khamis semalam selepas keretanya dapat dirakam melalui kamera keselamatan di sekolah.

Lelaki itu didakwa atas tuduhan penculikan peringkat pertama, rogol statutori kanak-kanak dan kesalahan seks berkanun dengan seorang kanak-kanak.

Sumber: New York Post

Sofea

There's always another side to every story

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)