Siakap Keli

Dilanggar Lori Ketika Bercuti, Wanita Ini Nasihatkan Penting Ambil Insurans Perjalanan Ketika Melancong

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Waktu musim cuti persekolahan adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka bercuti atau melancong ke luar negara.

Namun ramai yang tidak mengambil berat akan kepentingan mengambil insurans perjalanan kerana berfikir ia akan menambahkan kos dan tidak penting.

Seorang pengguna Facebook, Liyana telah berkongsi di laman Facebook miliknya tentang pengalamannya ketika bercuti di Vietnam. Beliau turut menasihati agar membeli insurans perjalanan walaupun hanya travel dalamjangka masa yang singkat iaitu sehari atau dua hari.

Hal ini kerana, kita tidak tahu jika tiba-tiba perkara yang tidak dijangka berlaku.

Hari kedua accident langgar lori

Hi guys!

Sis cuma nak ingatkan jangan lupa beli travel insurance walaupun travel untuk sehari dua ke. Sebab kita tak tahu apa nak jadi kan. Macam sis, hari ke-2 di Dalat dah accident langgar lori. Sis, husband dan baby 9 bulan tapi alhamdulillah baby selamat. Syukur sangat sangat cuma sis lah patah kaki kanan dan husband patah rahang dan rusuk kiri. Masa naik motor tu, anak guna baby carrier jadi memang dia tak kena apa apa.

Orang insurans call setiap satu jam

Tapi orang kat sini hampir 97% tak boleh cakap english, waktu nak minta tolong call kan ambulance bukan main azabnya!! Sebab ambulance pon tak tahu. Hahahaha dah lah kat area tu line internet cam haram. Macam sis nak menanggis jee masa tu. tapi lepas jee eksiden sis terus call insurans untuk inform diorang dan diorang sangat bagus sebab call setiap satu jam!

Cuma rezeki sis, owner lori yang kitaorang langgar tu baik sangat. Serius terlalu baik sebab dia bayarkan bil hospital sis dan suami. Dia memang ikhlas tolong kitaorang. Dan untuk pengetahuan korang, serius orang Dalat sangat baik. Walaupun baru 9 hari pelbagai kenangan manis sis rasa.

 Hampir termakan bubur daging khinzir

Makcik makcik Dalat yang jaga anak sis semasa sis tak mampu buat apa apa. Mandikan tukarkan baju bagi makan dan susukan. Dan kalau sesiapa datang Dalat, boleh makan di Restaurant Hajah Hawa, Da Lat sebab ownernya terlalu baik. Mereka yang hantar makanan setiap hari pada sis semasa kitaorang kat sini sebab sis hampir termakan bubur daging babi tau. Huhuhu sis promote restoren dia sebab tu je yang sis mampu buat untuk balas jasanya.

Sis kan balik Malaysia sabtu ni (18Jan2020), baby sis dah balik dulu hari jumaat lepas sebab sis memang tak larat nak jaga dia dengan keadaan sis yang agak kekurangan ni. Sis ada share cerita sis sepanjang berada di hospital. Sesiapa yang rajin boleh lah jenguk facebook sis untuk tahu bagaimana kehidupan sis di hospital. Hahahaha

Sis dah 9 hari dekat Lam Dong Hospital Dalat. Alhamdulillah pihak insurans sis dah uruskan penerbangan balik sampai lah ke hospital di Johor Bahru. Sebelum ni cam berkira kira nak beli tiket business class, tak sangka bila sakit dapat juga merasa duduk di business class! Hahahaha

Datanglah Dalat! Anda pasti teruja dengan kecantikkan bunga di setiap jalan di Dalat, yang dikenali sebagai taman bunga yang abadi! Agituuu! Hahahahaha

Ohh yaa! Shopping pon best disini! Tak perlu tawar sebab barang memang dah murah sangat.

Sumber : Liyana Love

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)