Siakap Keli

Gadis 6 Tahun Derita Kelopak Mata Terkoyak Lepas Terjatuh Ketika Cuba Capai Baju Tinggi

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun ditimpa nasib malang apabila mengalami kecederaan teruk di bahagian matanya ketika membeli belah bersama neneknya.

Gadis itu berkunjung ke pusat membeli belah di Lower North Shore, Sydney dikatakan hampir buta selepas matanya tercucuk cangkuk baju di kedai pakaian. Pada awalnya, dia bersama neneknya ke kedai berkenaan untuk membeli baju baru untuknya.

Kejadian itu berlaku selepas gadis berkenaan melihat sehelai baju yang digantung tinggi dan cuba untuk mendapatkannya. Mangsa melompat bagi mencapai baju tersebut tetapi malangnya dia telah hilang keseimbangan. Akibatnya, gadis berkenaan terjatuh dan matanya terkena pada cangkuk logam yang digunakan untuk meletakkan pakaian.

Kelopak mata dan bulu mata gadis berkenaan tercedera menyebabkan dia meraung dan menangis kesakitan di kedai tersebut. Gadis malang itu telah dikejarkan ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan.

 

Setibanya di hospital, gadis berkenaan terpaksa menunggu selama tujuh jam sebelum menjalani rawatan sekitar empat jam. Menurut ibunya, penglihatan gadis berkenaan sudah tidak akan sama seperti sebelumnya.

Nasib baik bola matanya tidak rosak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan penglihatan yang normal.

Gambar: Daily Mail

Selepas kejadian malang menimpa anaknya, ibu gadis berkenaan menyarankan agar tidak lagi digunakan penyangkut sebegitu di kedai-kedai pakaian kerana membahayakan kanak-kanak.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)