Siakap Keli

Isteri Dipenjara 25 Tahun, Mengaku Letak Ubat Mata Dalam Minuman Suami Hingga Maut

Mahkamah South Carolina menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap seorang wanita selepas dirinya mengakui telah meletakkan racun ke dalam minuman suaminya hingga menyebabkan kematian.

Wanita terbabit dipercayai telah memasukkan ubat titis mata ke dalam minuman suaminya sebelum disahkan meninggal dunia dua hari selepas itu.

Suspek yang juga merupakan jururawat di Jabatan Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat, dipercayai mempunyai niat untuk melakukan pembunuhan tersebut. Dia tahu bahawa ubat titis itu sukar untuk dikesan kerana tidak mempunyai bau dan kelihatan jernih dalam larutan air.

Mangsa dikatakan meninggal dunia disebabkan masalah saluran darah yang berpunca daripada kandungan kimia yang tinggi dalam ubat titis tersebut iaitu tetrahydrozoline.

Peguambela memaklumkan kepada pihak kehakiman bahawa suspek membunuh suaminya kerana wang. Suspek juga dikatakan telah menghapuskan segala bahan bukti supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan punca kematian suaminya itu.

Berikutan itu, anak perempuan mereka yang terkesan dengan kejadian tersebut menggesa pihak mahkamah agar menjatuhkan hukuman berat terhadap ibunya itu.

” Dia telah menipu ramai orang, jangan biarkan dia menipu awak,” katanya.

Menurut Peguam suspek, beliau telah menjadi mangsa penderaan seksual oleh mangsa selama lima tahun perkahwinannya.

Hal tersebut menyebabkan dia bertindak meletakkan ubat titisan mata tersebut untuk membuat suaminya itu sakit.

Sumber: abcNews

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)