Siakap Keli

Kawan-Kawan Dan Cikgu Selalu Ejek Gemuk, Walau Gadis Ini Berjaya Hilang 29kg Berat Badan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mesti mengimpikan untuk mempunyai tubuh badan yang cantik dan langsing.

Hal ini kerana, mempunyai tubuh badan yang agak besar membuatkan pergerakan seseorang itu agak terbatas malah risiko untuk di ‘body shaming’ kan agak tinggi. Walaubagaimanapun tidak semua orang  mampu memiliki bentuk badan yang diidamkan.

Usaha itu sangat penting dan amat diperlukan dalam mencapai berat badan yang diinginkan.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik dan berkongsi bagaimana transformasi beliau yang berjaya menghilangkan 29 kilogram dari berat badan asalnya.

Beliau turut berkongsi sebab kenapa beliau terlalu ingin kurus dan mengubah penampilannya.

Dari 105 kilogram hingga 76kilogram

Kerja keras saya terbayar. Alhamdulillah.

Ia bukan tentang kesempurnaan,
Ini mengenai usaha.
Dan apabila anda mempunyai usaha untuk berubah secara berterusan, diditulah TRANSFORMASI itu berlaku.

Okay now let’s start

1) Stress tengok cermin rasa diri tak cantik terlalu besar, pastu akan tarik tarik baju sampai koyak sebab stress badan besar.

2) Bila nak cari baju mesti bergaduh with my mum kalau time raya baju raya mesti selalu tak cantik and takde body shape kalau pakai.

3) Nangis malam malam sebab fikirkan body weight and body size sebab stress orang semua cantik tapi sampai i buruk.

4) Bila selfie or ambil gambar mesti akan sedih pastu nangis dalam hati sebab nampak buruk & gemuk so delete semua gambar.

5) Rupa lebih nampak tua dari usia.

Skin kat leher akan jadi gelap

6) Okay muka i Alhamdullilah even gemuk pun tak ada jerawat so i takde masalah dengan tu tapi i ada masalah dengan skin, skin kat leher akan jadi hitam even you pakai any kind of product nak hilang kan pun memang akan ada jalan penyelesaian dia nak hilang kulit gelap kat leher tu of course lah lose weight. Kalau you guys perasan orang gemuk mesti akan ada kulit gelapkan? Nak tahu tak tu apa? Okay tu adalah kolestrol.

7) Pastu ada strecth mark, benda pun buat kan i stress every night, semua perempuan of course lah nak kulit dia orang bersihkan? bukan je perempuan lelaki pun sama.

8) I jelous tengok kawan kawan i kurus dari i, dia orang cantik je pakai itu ini semua cantik, tapikan sumpah tak tipu orang gemuk takkan ingat gemuk, mesti dia akan dia ingat kurus, i pernah je ambik gambar dengan my friend pastu cakap dalam hati alah takde lah gemuk mana aku ni, tapi bila one day dapat stress tu nangis lah sorang macam putus cinta.

9) I fikirkan kesihatan diri i, kalau gemuk mesti tak sihat, im still young and umur i tahun ni baru nak masuk 18 so taknak lah nanti sakit apa apa. So keluarga i ni ada keturunan pelbagai masalah kesihatan tau.

  • Diabetes
  • High blood pressure
So penyakit-penyakit tu semua adalah permulaan bila dah teruk nanti jadi lah
  • Buah pinggang
  • Heart disease
and thank God sebab even i gemuk dulu i tak suka sangat minum air manis cuma i gemuk sebab suka macam junk food, fast food, and makan ikut suka tekak.

Selagi tak tidur selagi tu makan, dah tidur baru lah mulut tu berhenti mengunyah.

Banyak kali dah try untuk diet tapi selalu failed

Actually i dah banyak kali dah try nak diet nak kurus tapi selalu failed iman tak kuat memang takkan jadi lah ye.

Pastu when i was kid i tak pernah kurus pun umur 5 tahun dah gemuk. tapi masa baby dan bawah 5 tahun i kurus je.

Disember 2018 and September 2019 i dapat lose weight 29kg i stop focus on lose weight for a while sebab i nak focus SPM pulak banyak extra class kena attend.

Alah panjangnya korang nak baca ke panjang panjang ni? Sorry and of course biasa lah budak sekolah kan tipu lah takde yang judge, yang judge ofcourse lah lelakikan? tapi tak juga ye, sebab kat sekolah i cikgu-cikgu pun sama je 2×5 sorry but i just wanna tell the truth.

Sorry tapi kat sekolah i memang cikgu cikgu dia suka judge orang, i kan anak murid so diam je lah dalam hati ni Allah je tahu geram dia tu macam mana.

10) 2019 last year as student at high school so mesti lah ada graduation kan? so end december of 2018 i fikir tahun depan aku ada graduation takkan lah jadi gemuk and tak cantik macam ni lagi , start dari tu lah niat nak kurus badan tu lagi kuat.

Dah lose weight pun orang masih ejek

And alhamdullilah i berjaya!!! so gambar yang i pakai kebaya tu, ha tu gambar time i grad. tapi kan, i sedih even dah lose weight banyak orang still cakap i ni gemuk, orang still ejek even cikgu pun. sedih tau balik rumah mesti i nangis sorang sorang.

I tak pernah post pasal i diet and dah hidup dengan healthy life kat ig sebab rasa diri tu tak kurus lagi. Pastu one day i marah sebab apahal semua nak ejek lagi ni aku dah tak cukup kurus ke? Then i post lah gambar i pergi gym.

Lepas dah post tu hm biasa lah mulut manusia dan masih ye masih ada orang kutuk pergi gym i macam gi mampos lah korang ni, tanam diri kat kubur sana.

Body shaming ni takkan lah habis sampai dunia ni kiamat. tapi tu lah i rasa tu je lah kot cerita nya, kalau ada cerita lagi i share lah kat youtube channel i tu so next i cerita how to lose weight okay?

Okay let’s start how to lose weight ?

1) Umur tu penting lagi muda lagi senang nak lose weight nanti dah tua daging&lemak dah liat.

2) Pandai control stress

3) Calories intake paling penting

  • Kalori intake ikut berat badan dan mesti lah nak diet kena makan diet meals. yes makanan lain calorie dia kurang tapi kandungan lemak dia sangat lah tinggi. So beware.

4) Workout

5) Pandai bahagikan masa macam i tahun lepas kan spm so pandai pandai lah curi masa, tapi i rasa spm year tak sesuai nak diet, takut korang stress, sebab ada sejenis orang nak study kena makan kan? Minum hot chocolate ke makan chocolate ke macam snacks ke kan? so tak payah lah nanti you lagi stress.

Masa start diet i workout sendiri je kat rumah jog satu kawasan rumah pastu buat lah cardio.

Pastu i dah bosan workout sendiri and pergi gym and ambik personal trainer, best tau workout ni once dah start dia jadi addicted. Nanti i share lagi pergi lah subscribe nanti i share banyak pasal healthy life untuk untuk you nak kurus tu.

Sumber : Twitter j0eyi

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)