Siakap Keli
Gambar: The Wall Street Journal

Lantang Bela Nasib Etnik Uighur, Nama Ozil Diangkat Dalam Senarai Peribadi Muslim Terbaik 2019

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kelantangan pemain sensasi Arsenal yang menyuarakan mengenai nasib yang dialami oleh etnik Uyghur di China. Tindakan pemain itu telah membuka mata dunia mengenai nasib etnik berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ekoran kelantangannya itu, beberapa tindakan protes telah dilancarkan terhadap pemain itu seperti membakar jersinya serta dibuang daripada ‘game’ PES dan FIFA. Pun begitu, ada juga dalam kalangan selebriti dunia yang menyokong tindakan Ozil seperti Arsene Wenger dan juga Khabib.

Gambar: The Muslim Vibe

Keberanian Ozil menyuarakan perkara tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia telah dipandang oleh dunia atas keperibadiannya yang prihatin terhadap nasib umat Islam di China. Seminggu yang lalu, nama Mesut Ozil telah tergolong dalam senarai Lima Personaliti Muslim Terbaik 2019.

Penghargaan tersebut adalah ketika Media Islam Nigeria mengumumkan penerima Anugerah Keperibadian Muslim Sedunia 2019 pada minggu lepas di Nigeria. Anugerah tersebut telah dimenangi oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana pengaruhnya yang sangat besar terhadap komuniti Islam di dunia.

Gambar: al monitor.com

Selain Ozil di tempat kelima, turut tersenarai dalam penghargaan tersebut ialah Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad yang menduduki tempat kedua selepas Erdogan.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)