Siakap Keli

Pertahan Anak Berebut Mainan, Lelaki Ditahan Tarik Dan Hempas Kanak-Kanak Ke Lantai

Seorang lelaki dari Selatan China ditahan selama 10 hari dan didenda 500 yuan selepas dia memihak kepada anaknya dalam ‘perbalahan’ merebut mainan dan menarik seorang kanak-kanak dari istana mini sebelum menghempasnya ke lantai.

Pada petang Isnin yang lalu, lelaki itu dipercayai sedang duduk di dalam restoran dan bergegas ke taman permainan yang terdapat di situ selepas melihat berlakunya ‘perbalahan’ tersebut.

Menerusi sebuah rakaman kamera keselamatan,  kanak-kanak lelaki yang tidak didedahkan usianya itu dilihat diheret dari istana mainan tersebut dan dilempar di kawasan taman permainan itu. Dia ‘mendarat’ beberapa meter kemudian duduk, menangis dan memegang lengan kanannya.

Lelaki tersebut dilihat menuding jari dan berkata sesuatu kepada kanak-kanak lelaki tersebut sebelum mengambil anaknya dan pergi dari situ.

Ibu kepada mangsa dipercayai sedang membeli teh susu semasa kejadian dan terus menghubungi pihak polis apabila kembali ke tempat kejadian.

“Lengan dan telinga anak lelaki saya cedera, kami masih lagi memeriksa sama ada berlaku ‘gegaran’ di dalam kepalanya atau tidak kerana bahagian itu dilihat terhempas dengan kuat,” katanya.

Beliau juga berasa marah dan kesian terhadap anaknya kerana tidak ada seorang pun pekerja di restoran masuk campur dan membantu anaknya.

Sumber: South China Morning Post

Sofea

Iqra'.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.