Siakap Keli
Kredit Foto: Hadi Nor

Selalu ‘Shoot’ Mak Pengantin Je, Dah Jadi Ayah Lelaki Ini Baru Sedar Beratnya Lepaskan Anak Perempuan Lepas Nikah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa hubungan di antara ibu dan anak sentiasa mempunyai magisnya yang tersendiri.

Pun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa kasih sayang seorang bapa merupakan pengikat yang menguatkan sesebuah keluarga walaupun mungkin sesetengah dari mereka tidak pandai untuk menunjukkan sifat penyayang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa lelaki akan lebih memahami nilai kasih sayang dan pengorbanan apabila mempunyai anak-anak.

Seperti yang dialami oleh seorang jurugambar perkahwinan, Hadi Nor, yang mengakui bahawa beliau baru memahami hiba seorang ayah melihat anak perempuan bernikah apabila beliau sendiri mempunyai anak perempuan.

Sekarang, bila dah ada anak perempuan, baru aku faham betapa hibanya hari pernikahan tu dari perspektif seorang ayah.

Aku still ingat first time tengok anak depan mata lepas keluar tu, aku menangis tapi taktau perasaan apa, unexplained.

Seluruh keringat kau, hanya untuk dia dan mak dia.

Rasa kalau keluar rumah, nak balik laju-laju.

Kau rasa wajib kau lindungi dia, takmau dia sakit sikit pun.

Macamanalah kau tak tumpah air mata, bila dia nikah nanti?

Aku rasa aku faham macamana perasaan seorang ayah di hari nikah anak perempuan dia.

Komen netizen di posting Hadi juga menarik perhatian apabila ramai di antara mereka yang berkongsi mengenai sifat kasih sayang seorang bapa.

 

Sumber: Hadi Nor

Sofea

There's always another side to every story

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)