Siakap Keli

Selepas Thailand, Vietnam Pula Tahan & Kuarantin Pelancong China Disyaki Dijangkiti Virus Corona ‘Misteri’

Dua pelancong China dari bandar Wuhan telah dikuarantinkan dan berada di bawah pemerhatian Kementerian Kesihatan Vietnam kerana disyaki dijangkiti coronavirus misteri selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Danang pada Selasa.

Kementerian tersebut telah mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu bagi membincangkan tentang usaha pencegahan virus misteri itu.

Langkah tersebut diambil selepas Menteri Kesihatan Jepun mengesahkan bahawa seorang lelaki warga tempatan yang melancong ke Wuhan telah disahkan positif dijangkiti dengan coronavirus misteri pada malam Rabu.

Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat di China selepas wabak pneumonia misteri yang berkaitan dengan SARS dilaporkan tercetus di negara tersebut.

Di Wuhan sahaja, berpuluh-puluh orang telah dilaporkan dimasukkan ke hospital dan sebahagian daripadanya dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal.

Pesakit pertama yang mengalami simptom virus misteri itu telah dikenal pasti pada 12 Disember lalu. Sekurang-kurangnya 6 pesakit dilaporkan dibenarkan keluar dari hospital manakala satu kematian dicatatkan setakat ini.

Baca: Negara 4 Musim terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Bloomberg

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.