Siakap Keli
Gambar: The Straits Times

Selepas Vietnam & Thailand, Singapura Turut Kuarantin Lelaki Disyaki Dijangkiti Virus Misteri Selepas Pulang Dari China

Seorang lelaki berusia 69 tahun telah didiagnos dengan pneumonia selepas dilaporkan berkunjung ke Wuhan, lapor Menteri Kesihatan Singapura pada 16 Januari.

“Dia telah dimasukkan ke hospital untuk penilaian lanjut dan rawatan, serta dikuarantinkan sebagai langkah pencegahan. Keadaannya dilaporkan stabil,” ujar wakil dari kementerian tersebut.

Gambar: Yahoo News UK

Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang warga Singapura, dilaporkan tidak pernah mengunjungi pasar makanan laut yang berada di Huanan, dimana virus tersebut didakwa mula-mula muncul. Siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti sama ada simptom lelaki itu ada kaitan dengan penyakit dari Wuhan itu atau tidak.

Lelaki itu merupakan warga Singapura yang ketiga disyaki dijangkiti dengan virus dari Wuhan itu. Pesakit pertama dan kedua yang disyaki dijangkiti dengan virus tersebut di negara itu adalah warga China.

Kedua-dua mereka yang pernah berkunjung ke Wuhan itu walau bagaimanapun disahkan bebas daripada virus tersebut.

Pada khamis lalu, seorang lelaki di Jepun telah disahkan dijangkiti dengan virus yang didakwa datang dari China itu.

Kematian pertama disebabkan virus misteri tersebut dilaporkan berlaku di China pada 9 Januari lalu. Seorang lelaki berusia 61 tahun yang mempunyai rekod masalah kesihatan serius telah disahkan dijangkiti dengan virus pneumonia baharu itu.

Gambar hiasan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kemunculan coronavirus yang baru ini ada kaitan dengan virus yang sama dengan SARS.

Susulan daripada cuti Tahun Baru Cina yang bakal menyaksikan jutaan warga China merantau mahupun kembali ke tanah air mereka, segala persiapan bagi pencegahan perlu diambil untuk mengekang wabak ini daripada tersebar dengan luas.

Negara serantau kini sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga, dengan Indonesia dan Thailand dilaporkan sedang mengetatkan kawalan di lapangan terbang negara masing-masing.

Gambar: Bangkok Post

Sementara itu, Vietnam dilaporkan telah mengkuarantinkan dua pelancong China dari Wuhan sebagai langkah berjaga-jaga.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: The Straits Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.