Siakap Keli

Tony Puji Pramugari Air Asia Dukung Penumpang Sakit Dalam Pesawat Sambil Tersenyum

Pekerjaan sebagai flight attendant memang menjadi impian ramai orang. Pekerjaan itu membuatkan seseorang itu boleh melancong ke pelbagai negara.

Namun tidak semua yang tahu keperitan dan kesusahan disebalik pekerjaan ini. Mereka sering berkorban dari segi masa bersama keluarga dan yang tersayang oleh kerana tuntutan kerja.

Kerja yang ikhlas dan bersemangat sangat penting dalam pekerjaan ini kerana bidang ini memerlukan mereka melayan pelbagai karenah.

Semangat Air Asia terletak pada orang-orang yang mengagumkan seperti Tina

Seorang flight attendant telah mendapat pujian dari bos syarikat penerbangannya iaitu Tony Fernandes setelah beliau mendukung penumpang yang sakit ke kerusinya.

Tony Fernandes telah memuat naik gambar itu di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata netizen memuji tindakan berani flight attendant tersebut yang sanggup melakukan apa sahaja demi penumpang.

Sumber : Instagram Tony Fernandes

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)