Siakap Keli
Kredit: Google

Usah Panik, Ini Anggaran Harga Vaksin Untuk Rujukan Anda

Virus influenza yang melanda negara kita amat merisaukan kerana ia boleh berjangkit dengan sangat mudah. Akibatnya, ramai yang cemas dan sanggup membuat pembelian vaksin pada harga rendah di atas talian yang dikhuatiri kualitinya.

Menurut pakar, influenza boleh dicegah dan kesannya dapat diminimakan melalui vaksinasi. Bahkan, Kementerian Kesihatan menyarankan setiap individu untuk mendapatkan suntikan setiap tahun.

Hal ini kerana penyebaran virus influenza berlaku sepanjang tahun dan strukturnya berubah mengikut masa. Lantaran itu, formulasi vaksin juga perlu dikemaskini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) setiap tahun.

Jika anda tergolong dalam kelompok individu berisiko tinggi atau staf kesihatan yang merawat pesakit influenza secara langsung, anda boleh mendapatkan suntikan vaksin percuma di fasiliti kerajaan.

Namun untuk individu, yang terkecuali, anda perlu mendapatkan suntikan sendiri di fasiliti kesihatan swasta.

Berdasarkan temubual kami dengan beberapa buah klinik, anda boleh mendapatkan suntikan satu dos vaksin influenza pada harga bermula RM69 sehingga RM90.

Ujian saringan influenza pula boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan pada harga sekitar RM49 sehingga RM70.

Harga vaksin ini berbeza mengikut klinik, maklumat ini hanyalah rujukan supaya anda dapat membandingkan harga agar dapat membuat pilihan yang tepat.

jadual vaksin
Jadual vaksin. (Kredit: KKM)

Sehingga hari ini, kes influenza dilaporkan meningkat dalam kalangan pelajar sekolah di seluruh negeri termasuk Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Sumber: Klinik As-Salam, Klinik Hanafi, Klinik Dr. Asmah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.