Siakap Keli
Sumber: Twitter Omar Faayiz

(Video)”Dia Siap Ajuk Cara Aku Ajar,” Cikgu Terhibur Bila Minta Anak Murid Comel Mengajar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rasanya semua orang pernah alami situasi di mana guru memanggil nama untuk mengajar di depan rakan-rakan semasa sesi pembelajaran. Perasaan gugup tak perlu tanya. Tambahan pula, mesti ada pelajar yang ajuk cara cikgu mengajar. Ya, untuk sampaikan satu info atau ilmu baru kepada orang lain bukanlah satu kerja yang mudah.

Namun, itulah cabaran yang paling sukar untuk golongan pendidik apabila berhadapan dengan beribu pelajar di negara ini. Macam mana pula kalau seorang murid mengambil alih ‘kerja’ guru mengajar di hadapan kelas.

Seorang pengguna Twitter, Omar Faayiz yang juga merupakan guru ganti di sebuah sekolah di Pulau Pinang memuat naik satu video yang mencuit hati ramai orang dengan gelagat anak murid ajuk cara cikgu itu.

Dengan memilih secara rawak, dia tidak menyangka anak muridnya Harith Aiman dapat menyampaikan ilmu kepada rakan-rakan yang lain dengan baik. Bahkan, gelagat pelajar ini sangat comel sekali.

“Dia ajaq (ajar) dengan betul, comel betul”

Masa ni dia ajuk cara cikgu weh. Aku selalu tarik perkataan penting dia pon ajuk. Mana aku tak sayang anak-anak aku.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Tambah Omar semasa dihubungi, beliau merupakan seorang penulis buku pembelajaran subjek Akaun, malah beliau juga merupakan guru ganti di sekolah tersebut selama tiga minggu sesi persekolahan.

Di ruangan komen, gelagat pelajar tersebut dbanjiri dengan reaksi pengguna Twitter yang lain. Ramai yang memuji pelajar berkenaan dengan cara pemyampaian dan teknik yang betul.

 

Sumber: Omarfaayiz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.