Siakap Keli
Kredit Foto: Metro.UK

Viral Foto Mak Ayah Panjat Dinding Sekolah Didakwa Nak Tolong Anak Menipu Dalam Peperiksaan

Kebiasaannya ibubapa akan memantau anak-anak mereka supaya mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan.

Namun lain dengan situasi yang berlaku di India apabila para ibubapa sanggup memanjat dinding sekolah untuk menyerahkan nota kepada anak-anak mereka supaya boleh meniru ketika menduduki peperiksaan.

Kredit Foto: Metro.UK

Menurut salah seorang ibubapa yang memberitahu NDTV bahawa mereka terpaksa melakukan perkara berkenaan kerana guru tidak mengajar menyebabkan anak-anak mereka gagal untuk melangkah masuk ke kelas yang seterusnya.

Menteri Pendidikan Negeri, P.K. Shahi menyifatkan menipu ketika peperiksaan merupakan masalah terbesar yang dialami di sana.

Beliau turut menyatakan bahawa masyarakat perlu bertanggungjawab untuk memastikan masalah penipuan dalam peperiksaan ini dapat dihentikan.

Lebih 1000 pelajar ditangkap menipu ketika menduduki peperiksaan Matematik dan bahasa Inggeris dan 600 daripadanya terpaksa diarahkan keluar serta beberapa orang ibubapa juga turut ditangkap ketika itu.

Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang sanggup memberi suapan kepada para pegawai untuk membenarkan mereka masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Sumber: Metro.UK

Siti Natrah Jusof