Sesi persekolahan bagi tahun 2020 telah bermula dari 2 Januari yang lalu lagi.
Pelajar sekolah rendah yang menginjak ke sekolah menengah pasti ada menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan suasana, kelas, rakan-rakan dan banyak lagi.
Tular video di Instagram yang menunjukkan kasih seorang abang yang tolong adiknya membetulkan pakaian sekolah adiknya untuk kelas sesi petang.
Seorang pelajar lelaki tingkatan 5 telah memperbetulkan pakaian adiknya yang merupakan pelajar tingkatan 1 tanpa mempedulikan orang disekitarnya. Abangnya itu merupakan pelajar sesi pagi manakala adiknya pula sesi petang.
Sumber : Instagram