Siakap Keli

Anak Dan Bapa Berebut Janda Cantik, Kerana Si Anak Cemburu, Wanita Itu Dipercayai Dibunuh

Kisah bapa dan anak lelaki berebut cinta janda cantik anak tiga berakhir tragedi apabila wanita itu mati dibunuh.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Indonesia Barat. Janda itu dikatakan menjadi rebutan bapa dan anak. Anaknya itu dipercayai menjalinkan hubungan dengan janda tersebut sudah beberapa bulan. Pada yang sama bapanya dikatakan turut menaruh hati kepada janda tersebut.

Lelaki itu dipercayai berang sebaik mengetahui kekasih hatinya turut menjalinkan hubungan  dengan bapanya.

Menurut laporan, akibat marah dan cemburu lelaki tersebut bertindak menikam wanita itu beberapa kali hingga mati. Kejadian berlaku ketika mereka bersemuka antara satu sama lain.

Lelaki itu dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut sudah sembilan bulan. Bagaimanapun, tindakkan kekasihnya yang menjalinkan hubungan sulit dengan bapanya sendiri membuatkan dia bertindak sedemikian.

“Saya sebenarnya mahu berbincang baik-baik tetapi dia memarahi dan mengherdik saya.

“Saya hanya mahu dia membuat pilihan sama ada saya atau bapa, tetapi dia tidak mengaku membuatkan saya naik marah dan menikamnya,” katanya.

Selepas membunuh wanita itu, lelaki itu dikatakan telah melarikan diri tetapi berjaya ditangkap polis dan ditembak di kaki kerana melawan.

Sumber: Tribunnews

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)