Siakap Keli
Kredit Foto: Facebook

Dipercayai Kurung 4 Kanak-Kanak Dalam Sangkar Kayu, Tiga Suspek Ditahan

Pihak berkuasa berjaya menahan 3 suspek yang didakwa melakukan kesalahan mengurung empat orang kanak-kanak bawah umur didalam sangkar kayu dalam sebuah rumah di Alabama.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan kanak-kanak selepas pihak berkuasa menjumpai keempat-empat kanak-kanak tersebut dalam rumah berkenaan.

Kredit Foto: KKTV

Kempat-empat kanak-kanak yang dijumpai dalam rumah berkenaan berusia 3, 4, 10 dan 11 tahun.

Pihak berkuasa juga turut menjumpai dua sangkar yang diperbuat daripada kayu dan terdapat kunci pada sangkar tersebut.

Siasatan mendapati kanak-kanak tersebut telah dikurung beberapa kali dalam sangkar berkenaan.

Pihak berkuasa telah menahan ketiga-tiga tertuduh tersebut atas pertuduhan penyalahgunaan kanak-kanak dan tindakan yang dilakukan boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak tersebut.

Sumber: KKTV

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.