Siakap Keli

Hanya Makan Lauk Tanpa Nasi, Minum 3 Liter Air Kosong Sehari, Gadis Ini Berjaya Hilang 19kg

Setiap orang baik perempuan atau lelaki mesti mempunyai beart badan ideal sendiri yang perlu dicapai.

Bagi mendapatkan berat badan yang ideal seseorang itu perli konsisten dalam mengamalkan diet hariannya dan juga senaman yang boleh menurunkan berat badan.

Namun konsisten dalam pengawalan makanan adalah satu benda yang paling sukar untuk dibuat apabila terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik dan sedap sekarang ini.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah berkongsi tips yang diamalkan oleh dirinya sendiri bagi menurunkan berat badan.

Cara Afza Fasihah ini adalah dengan memakan lauk sahaja dan makan sekali sehari sahaja.

Menurut beliau, beliau serba salah untuk berkongsi tips dietnya kerana baginya dietnya itu tidak begitu menyihatkan.

Ternyata dengan diet yang diamalkan oleh beliau, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19 kilogram.

Selain itu, beliau turut berkongsi contoh hidangan yang dimakannya.

Tambah Afza lagi, dia hanya menjaga makan sahaja. Senaman yang dilakukan agak kurang.

Once berat dah turun, i lagi semangat nak diet lagi dan lagi. Sampai nak makan pun rasa takut. Cheat day tu ada je jugak, seminggu sekali la hehe tapi ingat, NO nasi. Honestly, i takde rasa terbeban langsung & i really enjoy my diet. Lelagi bila berat keep turun, turun and turun

Sumber : Twitter Afza Fasihah

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)