Siakap Keli

Lepas Seminggu Diselamatkan Dari Kebakaran Hutan, Koala Ini Kekal Selamat Hadapi Banjir

Banjir Kilat mendadak yang melanda zoo pemuliharaan di NSW Central Coast yang menempatkan haiwan yang terjejas akibat daripada kebakaran teruk yang melanda Australia.

Banjir yang melanda telah membawa kepada ancaman buaya yang bebas di kawasan itu.

Penjaga zoo telah membawa dan menyelamatkan koala yang berpaut di pokok-pokok dari air yang mendadak di kawasan zoo itu serta ancaman buaya yang ada.

Pihak penjaga zoo dilihat cuba menolak kembali buaya yang cuba membebaskan diri dari sangkar.

Menurut pengarah taman, Tim Faulker, pihaknya akan bertindak dengan pantas untuk menjamin keselamatan haiwan serta mempertahankan taman dari serangan air.

Katanya pihaknya tidak pernah melihat banjir seperti ini melanda taman ini selama lebih 15 tahun.

Taman itu ditutup pada hari Jumaat apabila kakitangan mereka telah berpindah dengan cepat untuk meindungi haiwan selepas kenaikan air dengan cepat sekitar jam 7.30 pagi.

Kebakaran yang melanda bumi Australia pada bulan september yang lalu telah mengorbankan 28 nyawa serta telah membunuh lebih daripada satu bilion haiwan di seluruh Australia timur dan selatan.

Hujan yang membasahi beberapa bahagian di Australia telah membantu untuk mengurangkan kebakaran yang berlaku. Namun begitu, masih terdapat beberapa bahagian yang terbakar dan berjuta-juta haiwan masih dalam ancaman.

Biro Meteorologi Neale Fraser berkata 30mm hingga 40mm hujan telah jatuh cepat di Somersby dan sekitarnya kawasan Central Coast dari jam 7 pagi hingga 8.30 pagi pada hari Jumaat menyebabkan beberapa banjir tempatan.

Sumber: Daily Mail

 

Zetty Amelia