Siakap Keli

Nenek Baik Hati, Jahit 100 Topeng Muka Setiap Hari Untuk Mangsa Letusan Gunung Taal, Filipina

Seorang tukang urut berusia 61 tahun mengambil inisiatif menjahit ratusan topeng muka atas permintaan dan harga yang tinggi selepas letusan gunung berapi Taal yang berlaku di Manila, Filipina serta memuntahkan debu panas secara tiba-tiba.

Rosalina Mantuano yang mempunyai pengalaman sebagai tukang jahit selama 45 tahun. Dia mula menjahit topeng muka berwarna-warni menggunakan kain perca. Dia memberikannya secara percuma kepada jiran-jirannya di bandar Lipa, terletak kira-kira 20km dari Taal.

“Sebagai tukang jahit, saya fikir bagaimana jika saya membuat topeng saya sendiri dan memberikannya secara percuma kepada mereka yang terjejas. Itulah yang saya lakukan,” katanya.

Dia dikatakan telah membuat 100 topeng muka setiap hari. Sejak dia memulakan usaha murninya itu, dia dikatakan telah menerima banyak sumbangan kain.

Perkara tersebut membolehkannya menghasilkan kira-kira 400 topeng muka pelbagai corak seperti bunga dan berjalur.

“Banyak orang di sini memerlukan topeng muka, bekalan dijual dan lain-lain sangat mahal,” katanya.

Menantu lelaki Mantuano yang juga ahli kumpulan penunggang motosikal pula menyampaikan makanan dan topeng buatan ibu mentuanya ke pusat pemindahan.

Gunung berapi Taal dikatakan masih memuntahkan abu dan stim, Sejurus itu, pihak berkuasa tidak membenarkan penduduk disekitar itu untuk pulang ke rumah kerana keadaan masih dalam zon bahaya.

Sumber: News ABS-CBN

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)